Wednesday, February 19, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lahir pelajar celik teknologi

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    SERIA, 14 April – Dalam usaha untuk menggalakkan penduduk terutama sekali dalam kalangan pelajar untuk lebih celik teknologi, TelBru meneruskan lagi Jerayawara Negara Pintar mereka ke Sekolah St Margaret, di sini.

    Jerayawara tersebut telah dihadiri oleh lebih 200 orang pelajar Tahun 9 hingga 11 berserta guru-guru dan warga sekolah lainnya.

    Menerusi taklimat dalam jerayawara berkenaan, TelBru menekankan kepentingan keterlibatan belia dalam membangunkan persekitaran ICT di negara ini, yang dijangka bukan hanya bagi tujuan komersial tetapi juga menekankan kualiti kehidupan menerusi penyelesaian ICT bagi cabaran-cabaran bandar abad ke-21.

    Sebagai sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat TelBru, juga merupakan penyelia telekomunikasi utama, siri Jerayawara Negara Pintar yang bermula Januari lalu telah menyaksikan galakkan daripada komuniti penduduk dengan lebih banyak penampilan TelBru di sekolah dijadualkan untuk diadakan sepanjang tahun ini.

    Antara yang menghadiri jerayawara berkenaan di Sekolah St Margaret, Seria.
    Antara yang menghadiri jerayawara berkenaan di Sekolah St Margaret, Seria.
    Jerayawara Negara Pintar turut diisikan dengan sesi soal jawab untuk memberikan peluang kepada para pelajar menambahkan pengetahuan dan kefahaman mereka.
    Jerayawara Negara Pintar turut diisikan dengan sesi soal jawab untuk memberikan peluang kepada para pelajar menambahkan pengetahuan dan kefahaman mereka.

    Institusi pendidikan swasta dan kerajaan yang ingin melibatkan diri dengan inisiatif Negara Pintar TelBru itu digalakkan untuk menghubungi ibu pejabat syarikat atau menghubungi pelantar media sosial syarikat berkenaan.

    Turut hadir dan seterusnya menyampaikan taklimat pada jerayawara tersebut ialah Ketua Pegawai Pemasaran TelBru, Lim Ming Soon. Majlis turut menyaksikan sesi soal jawab bersama para pelajar yang berpeluang menyaksikan pameran yang disediakan oleh Negara Pintar TelBru.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda