BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Okt – Dalam menyahut seruan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam melahirkan belia yang beriman dan proaktif, dua kumpulan belia masjid Kampung Lumapas telah dirasmikan hari ini iaitu Kumpulan Belia Ashabul Akhyar dan Kumpulan Muslimah Masjid Lumapas.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis perasmian tersebut ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Sham bin Haji Amin.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)