Lahirkan pelajar beriman
Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja mahir dalam bidang kemahiran malah beriman dan beramal soleh, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Saiful Rijal telah mengadakan program keagamaan, kelmarin. Berlangsung di Surau IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal, program itu dihadiri oleh lebih 300 pelajar kampus berkenaan.

































