Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lakar kehidupan seharian di permukaan kanvas

    KOREA SELATAN – Pelukis Moon Sung-sic kekal menggunakan pensel dalam mencipta seninya. Diilhamkan daripada kehidupan seharian, dia menggambarkan kehidupan seharian dengan melakar permukaan cat minyak yang tebal dengan pensel seolah-olah berusaha untuk menunjukkan ketabahannya sebagai seorang artis.

    “Pensel adalah bahan paling asas dalam lukisan, spontan dan ringkas. Saya rasa ini menyerupai personaliti saya yang tidak berlebih-lebihan dan bersahaja,” kata Moon kepada pemberita di tempat Kukje Gallery’s Busan pada 21 Januari lalu.

    Katanya, dia merasakan pensel lakarannya pada lukisan minyak “banyak menggambarkan tentang dirinya.”

    Moon melancarkan 100 karya lukisan minyak baharu di pameran itu, karya yang diilhamkan kehidupan seharian. Bertajuk ‘Life’, pameran itu merupakan pertunjukan kedua Moon selepas satu lagi persembahan solo bertajuk ‘Beautiful, Strange, Dirty’ yang diadakan pada 2019 di Galeri Kukje, Seoul. Pameran berlangsung hingga 28 Februari.

    Pameran baharu berkenan menunjukkan bagaimana artis, yang pernah takut untuk menggunakan berus, begitu terbeban dengan keinginan untuk mencipta karya yang sempurna, mempamerkan keberaniannya sebagai seorang artis. Beban sebegitu sering mendominasi artis, tetapi Moon cuba mengatasi tekanan dengan terus berkarya. 100 lukisan minyak baharu adalah hasil perjuangannya.

    “Ada masanya saya takut untuk membuat pertimbangan ketika melukis, dan jarang menjadi pada lukisan. Tetapi saya sedar saya memerlukan fleksibiliti sebagai seorang artis,” kata Moon.

    Kaedah lukisannya menyerupai teknik impasto, teknik yang pertama kali digunakan semasa zaman Renaissance abad ke-16, di mana cat digunakan pada permukaan dalam lapisan yang sangat tebal, memaksimumkan tekstur dan kualiti tiga dimensi dengan aplikasi tebal matiere.

    ‘Kemahuan untuk melukis’ beliau ditunjukkan melalui mengatasi rintangan antara pensel dan cat minyak.

    Dilahirkan pada tahun 1980 di Gimcheon, Wilayah Gyeongsang Utara, Moon kini menetap di Busan. Beliau merupakan artis termuda yang pernah membuat pameran di Pavilion Korea Biennale Venice pada tahun 2005. Karya-karya beliau diadakan dalam koleksi Muzium Seni Leeum, Pusat Seni Doosan dan Muzium Seni Olimpik Seoul. – ANN/The Korea Herald

    Moon Sung-sic ketika ditemui pemberita di pameran seninya. – ANN/The Korea Herald
    Antara lukisan dalam pameran ‘Life’ di Galeri Kukje, Busan. – ANN/The Korea Herald

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...