Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Lakastah derma darah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUL – Kementerian Kesihatan mengalu-alukan orang ramai untuk menderma darah dan membantu meningkatkan bekalan darah di Pusat Pendermaan Darah dan tabung-tabung darah di negara ini.

    Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Jabatan Perkhidmatan Makmal akan mengadakan kempen derma darah di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Cawangan Tutong esok bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

    Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi mana-mana kempen derma darah adalah sangat digalakkan.

    Pada masa yang sama, Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Belait, sedang berhadapan dengan kekurangan bekalan darah jenis ‘O’.

    Oleh itu, bantuan orang ramai adalah sangat diharapkan dalam sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah berkenaan.

    Orang ramai yang ingin menderma darah di Tabung Darah Hospital SSB, boleh berkunjung terus ke pusat berkenaan bermula pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan pukul 1:45 petang hingga 3:30 petang pada hari-hari bekerja sahaja.

    Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, 6001 dan 6002, Whatsapp di talian 8775745, 7375745 dan 7175745 atau e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook @bloodbank.ripas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...