Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Lakastah menderma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Orang ramai dialu-alukan untuk menderma darah semasa kempen derma darah yang akan dianjurkan oleh Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) di beberapa buah lokasi pada esok, 25 dan 26 Mei.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, esok kempen akan diadakan di Pusat Membeli-Belah Onecity, Sungai Hanching dari 10 pagi hingga 2 petang. Manakala pada 25 dan 26 Mei, kempen akan diadakan di Lantai Bawah, Simpang 3, Bangunan Borneo United, Jalan Tanjong Bunut Kanan dari pukul 9 pagi hingga 11:30 pagi.

    Sementara itu, orang ramai boleh menderma darah di Pusat Pendermaan Darah atau tabung-tabung darah berdekatan semasa waktu bekerja. Waktu operasi bagi perkhidmatan pendermaan darah di Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS bermula pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 4 petang setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu.

    Perkhidmatan derma darah di Tabung Darah, Hospital Suri Seri Begawan, Daerah Belait pula akan bermula pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:45 petang hingga 3:30 petang dari Isnin hingga Khamis dan Sabtu. Bagi perkhidmatan di Tabung Darah Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Daerah Temburong juga Isnin hingga Khamis dan Sabtu, dari pukul 9 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang.

    Orang ramai yang ingin menderma darah sama ada di Pusat Pendermaan Darah atau semasa kempen-kempen derma darah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad terlebih dulu.

    Bagi maklumat lanjut bolehlah menghubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, 6001 dan 6002, WhatsApp 8775745, 7375745 dan 7175745 atau e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn atau ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook @bloodbank.ripas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...