Lake Placid mahu kembalikan zaman kegemilangan Sukan Olimpik

LAKE PLACID – Pelbagai manfaat yang mengajaibkan telah menunjukkan hasilnya di Lake Placid selama 40 tahun.

Rancangan sekarang adalah untuk menjaga keajaiban itu dan pencari keajaiban untuk datang ke sini.

Bahagian landskap sukan di Lake Placid sebahagian besarnya dibina semula, satu pelan usaha demi mengekalkan keindahan alam semula jadi dan keindahan bandar kecil sambil mencari jalan untuk menjadikan kampung itu terus kekal memiliki pemain utama untuk sukan musim sejuk global dan cukup moden untuk terus melahirkan atlet ke bandar.

Pendapatan industri pelancongan bernilai AS$1.2 bilion di rantau Lake Placid, kebanyakannya masih didorong oleh kenangan silam pasukan hoki Amerika Syarikat (AS) yang menewaskan Kesatuan Soviet sebagai satu ‘Keajaiban di atas Ais’ pada Sukan Olimpik 1980.

“Ia adalah tempat yang istimewa,” kata pemenang dua kali sukan alpine ski Olimpik, Andrew Weibrecht, yang kini membantu keluarganya mengendalikan tempat penginapan Mirror Lake Inn Resort dan Spa yang terkenal di Lake Placid.

Pemandangan kemudahan sukan Olimpik Musim Sejuk di Lake Placid 40 tahun lalu. – AP
Acara pembukaan Olimpik Musim Sejuk XIII di Lake Placid, New York. Lake Placid sedang merayakan ulang tahun ke-40 Olimpik Musim Sejuk yang diadakan di kampung Gunung Adirondack. –AP

“Di antara semua tempat dan Pusat Latihan Olimpik, yang mempunyai tahap atlet semuanya di dalam satu tempat, berlatih bersama walaupun mereka bukan di dalam sukan yang sama, ia membawa semua orang bersama.”

Caranya sekarang ialah untuk menarik orang ramai datang ke Lake Placid. Pegawai negeri melabur puluhan juta untuk memastikan ia berjaya, rancangan untuk mengekalkan kampung Olimpik tahun 1932 dan 1980, tidak seperti kebanyakan laman Olimpik Musim Panas yang lalu kebanyakannya dilupakan.

Atlet Bobsled dan atlet skeleton akan datang ke Lake Placid tahun depan untuk kejohanan dunia mereka dan mereka akan disambut rumah tumpangan sementara baharu yang sedang dalam pembinaan sekarang dan kemudahan tempat latihan air tertutup.

Sukan Luge AS akan menjadi tuan rumah kepada perlumbaan Piala Dunia sekali lagi musim sejuk yang akan datang dan setiap tahun diadakan di Lake Placid. Persiap sediaan bagi Sukan Universiti Dunia 2023, di mana lebih daripada 2,000 atlet dijangka turut serta. Negeri ini telah memperuntukkan lebih dari AS$100 juta kepada Lake Placid dalam beberapa tahun terakhir untuk kemudahan baharu dan memperbaiki semuanya.

Cadangan belanjawan kerajaan, Andrew Cuomo yang dikeluarkan bulan lalu memerlukan lebih AS$147 juta untuk menyokong rancangan menaik taraf dan pemodenan ke atas kemudahan Olimpik dan resort ski.

Cuomo menjangkakan pelaburan itu sebagai cara untuk mempromosikan pelancongan, pertumbuhan ekonomi dan mencipta pekerjaan. Tetapi menaik taraf kemudahan di Lake Placid juga melindungi warisan kampung.

“Memalukan bahawa negeri dan banyak tempat di negara ini tidak memahami betapa indahnya permata ini khusus di peringkat antarabangsa,” kata Cuomo. “Ia bukan hanya istimewa di negeri ini, tapi negara. Istimewa di peringkat antarabangsa dan generasi sebelum kita memahaminya.

Apa yang berlaku di Lake Placid adalah jauh berbeza dari beberapa tempat yang pernah menjadi sebagai tuan rumah Olimpik Musim Sejuk. Trek bobsled Sarajevo kini menjadi tempat grafiti, Trek bobsled Calgary dari tahun 1988 ditutup tahun lalu dan sebahagian daripadanya telah dirobohkan, Trek Nagano dari tahun 1998 ditutup dan juga trek Cesana Pariol di tutup pada 2006.

Walaupun Pyeongchang, yang menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik Musim Sejuk dua tahun lalu, telah membuat kritikan terlalu menjangkakan lebih dari hasil pelancongan jangka panjang.

Terdapat pergerakan setiap beberapa tahun untuk membentuk jawatankuasa dan meneroka tawaran Olimpik yang lain, tetapi usaha tersebut kebanyakannya mendukacitakan.

Sukan Olimpik terlalu besar untuk dihoskan oleh sebuah kampung kecil dan jika ada kesalahan berlaku di sana, ironinya, Lake Placid akan dipersalahkan kerana mereka mengadakan Sukan Musim Sejuk meningkat berbanding pada tahun 1980.

Sarajevo pada tahun 1984 mempunyai 19 peratus lebih banyak atlet berbanding Lake Placid. Calgary, pada tahun 1988, mempunyai 33 peratus berbanding Lake Placid. Ketika Olimpik tiba di Albertville pada tahun 1992, jumlah melonjak 68 peratus pada tahun 1980 dan Sukan Beijing pada tahun 2022 dapat menjadi yang pertama dengan 3,000 pesaing atlet kira-kira tiga kali ganda daripada Lake Placid.

Lake Placid telah menjadi sebahagian besar teka-teki sukan musim sejuk di seluruh dunia selama satu abad dan tidak mempunyai rancangan untuk melepaskan tempat itu dalam masa terdekat.

“Anda melihat semua peranan yang dimainkan oleh semua orang dalam komuniti ini untuk menjadikan Sukan Olimpik itu berlaku,” kata atlet skater Scott Hamilton yang membawa bendera AS pada acara pembukaan 1980.

“Sarajevo lebih besar dan kemudian anda masuk ke Calgary, yang lagi besar. Tetapi saya fikir Lake Placid dan apa yang berlaku di sini benar-benar minat yang lebih besar dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk. Saya benar-benar fikir kita boleh melihat perkara ajaib berlaku.” Jika Lake Placid berjaya, lebih banyak keajaiban menanti. – AP