Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Lakers berada di ambang penyingkiran selepas tewas

    LOS ANGELES, 4 APRIL – Nikola Jokic menjaringkan 38 mata kelmarin ketika Denver Nuggets menghantar Los Angeles Lakers berpusing kepada kekalahan keenam berturut-turut dan semakin hampir kepada penyingkiran daripada persaingan pasca musim NBA.

    Dengan LeBron James melihat dari sisi bangku, pasukan Lakers yang telah ditambal tidak dapat menahan Jokic ketika Nuggets menang 129-118 di Arena Crypto.com Lakers.

    Kekalahan itu menyebabkan Lakers memerlukan keajaiban untuk memintas San Antonio Spurs bagi mendapatkan tempat dalam kejohanan play-in selepas musim.

    Lakers berada di tempat ke-11 dalam Western Conference, dengan rekod 31-47. San Antonio menduduki tempat ke-10 dan berada di landasan untuk mendapat tempat dalam play-in dengan rekod 32-45.

    Dengan hanya berbaki empat perlawanan, Lakers mempunyai margin kecil yang berharga daripada melakukan kesilapan dan berdepan dengan perjalanan ke Phoenix Suns yang mendahului liga pada Selasa.

    Kekalahan di Arizona boleh menyebabkan mereka tersingkir daripada perlawanan playoff bergantung pada keputusan di tempat lasin.

    Jika Lakers gagal mencapai pasca-musim, ia hanya menandakan kali keempat sejak LeBron James memasuki liga pada 2003 bahawa dia tidak pergi ke playoff.

    Jurulatih Lakers, Frank Vogel tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas kekalahan teruk Ahad lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -