Lakers enggan mengaku kalah

LOS ANGELES, 4 MAC – Tidak lama sebelum babak pertama perlawanan, pemain 6-kaki-10, Anthony Davis berjaya melakukan lintangan dribble dan Eurostep layup ketika menentang Philadelphia 76ers.

Kemudian tidak lama selepas babak pertama, LeBron James yang berusia 35 tahun berjaya menyumbat jaringan tiga mata dari separuh gelanggang Lakers.

Kedua-dua bintang tersebut sekali lagi mempamerkan persembahan yang menakjubkan dengan melakukan perkara-perkara yang diluar dari fikiran.

Davis menjaringkan 37 mata di suku kedua perlawanan yang luar biasa dan Lakers berjaya menewaskan Philadelphia 120-107 pada perlawanan semalam.

James berjaya menjaringkan 22 mata, 14 assists dan tujuh rebound buat Lakers, yang merupakan kemenangan kesembilan dalam 10 perlawanan mereka.

Perlawanan sangat menarik dengan permainan yang menghiburkan dari kedua-dua pemain Lakers All-Stars tersebut.

“Itu adalah perlawanan hebat buat pasukan kami, untuk musim kami,” kata jurulatih Lakers, Frank Vogel. “Untuk melihat kami mendominasi mengambil alih permainan seperti itu adalah satu petanda positif.”

James dan Davis terpaksa membantu pasukannya, mereka bermain tanpa Joel Embiid yang mengalami kecederaan bersama Ben Simmons dan Josh Richardson yang juga turut diketepikan kerana cedera.

Melalui James, Lakers boleh belajar dari permulaan perlahan mereka kepada persembahan yang mengagumkan ketika mereka bersedia mengekalkan rekod kejohanan dalam beberapa minggu. – AP

Aksi pemain Los Angeles Lakers, Anthony Davis melakukan jaringan semasa menentang Philadelphia 76ers di babak pertama perlawanan bola keranjang NBA pada 3 Mac di Los Angeles. – AP