LOS ANGELES, 18 OKT – LeBron James dan Los Angeles Lakers memulakan cabaran mereka untuk kembali ke puncak NBA esok dengan senarai pemain dan
tekad baharu selepas memulakan perlawanan penuh pra musim kali pertama dalam tempoh dua tahun. Tahun yang lalu, James memimpin pasukan Lakers meraih kejuaraan NBA ke-16 mereka dengan kemenangan 4-2 menentang Miami Heat setelah musim yang sukar yang ditimpa pandemik COVID-19 itu.
Walaupun NBA telah menolak pendapat bahawa kecederaan meningkat akibat dari jadual pra musim yang padat, apa yang tidak menjadi permasalahan adalah kecederaan yang mempengaruhi Lakers musim lalu lebih banyak daripada yang lain.
Setelah permulaan yang baik untuk musim tersebut, Lakers telah tersungkur apabila James dan Anthony Davis mengalami kecederaan jangka panjang, dengan pasukan tersebut akhirnya tumpas pada pusingan pembukaan selepas musim.
Davis hanya bermain 36 perlawanan dalam jumlah 72 perlawanan pada tahun 2020-2021, manakala James hanya muncul sebanyak 45 perlawanan disebabkan kecederaan – yang merupakan kali pertama pemain berusia 36 tahun itu terlepas banyak permainan dalam satu musim. – AFP
