Saturday, January 25, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lakers lalui projek jangka panjang

    LOS ANGELES 27 Jun – Presiden Los Angeles Lakers, Magic Johnson kelmarin memberi amaran bahawa akan membentuk semula francais yang akan menjadi projek jangka panjang di mana ia tidak akan dapat dicapai dalam jendela agensi bebas tahun ini.

    Lakers berulang kali dikatikan dengan perpindahan untuk LeBron James dan Paul George tahun ini di mana mereka cuba untuk mengangkat semula pasukan sebagai pesaing di Wes-tern Conference.

    Bagaimanapun, Johnson memberitahu wartawan kelmarin bahawa dia mungkin akan mengundur diri jika dia gagal mendapatkan pemain yang dipilihnya, dia menekankan bahawa pembentukan semula pasukan diperlukan tahun ini dan jendela agensi bebas tahun depan akan selesai.

    “Tidak, kerana saya sering berkata bahawa ini mengenai dua musim panas,” kata Johnson apabila ditanya mengenai adakah dia menyifatkannya sebagai kegagalan apabila gagal untuk mendapatkan James atau George.

    Magic Johnson (tengah) bergambar bersama Moritz Wagner dan Sviatoslav Mykhailiuk semasa sidang media di El Segundo, California kelmarin. – AP

    “Kami tidak tahu apa keputusan individu dan kami tidak dapat mengawalnya. Jadi jika pemain itu memutuskan untuk tidak menyertai pasukan ini, ia bukan satu kegagalan, kami lihat lagi pada musim panas seterusnya,” tambah legenda Lakers.

    Johnson memberi petanda bahawa dia mungkin akan keluar daripada Lakers jika dia gagal untuk mendapatkan pemain pilihannya tahun depan.

    “Musim panas seterusnya, jika tidak ada seorang pemain yang masuk dan saya masih duduk di sini, jadi ia satu kegagalan. Tetapi jika anda menilai kami dalam satu musim panas, ia tidak masuk akal,” katanya.

    “Jika saya tidak dapat melakukannya, jadi saya akan meletak jawatan, saya akan mengundur diri.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda