Lakers tumpaskan Timberwolves

LOS ANGELES, 9 DIS – Anthony Davis mencatatkan ‘long floater’ dengan perlawanan berbaki 4.39 saat untuk memperoleh 50 mata buat pertama kali untuk pasukan Los Angeles Lakers.

Davis mempamerkan aksi tidak berhenti-henti dengan melakukan mata fast-break, peluang kedua serta serangan yang menyasarkan Minnesota Timberwolves, satu prestasi yang digambarkan jurulatih Lakers Frank Vogel sebagai ‘agresif dan lasak untuk mendapatkan 50 mata.’

Davis memperoleh mata tertinggi musim ini dengan 50 mata dan Lakers memperbaiki prestasi untuk liga terbaik 21-3 dengan kemenangan 142-125 ke atas Timberwolves, malam kelmarin.

Davis melakukan 20 daripada 29 jaringan di dalam gelanggang dan melakukan sepuluh lontaran percuma dengan tujuh rebounds dan enam assists, untuk mencatat 50 mata untuk kali keempat sepanjang kariernya.

“Sangat istimewa untuk melakukan sesuatu seperti ini di hadapan peminat hebat, francais bersejarah dan rakan sepasukan saya, terutamanya cara kami bermain,” kata Davis “Ia sesuatu yang luar biasa.” LeBron James menperoleh 32 mata dan 13 assists walaupun melakukan empat faul dalam pusingan pertama. Alex Caruso menambah 16 mata tatkala Laker memenangi perlawanan keempat berturut-turut dan melakukan peningkatan kepada 10-2 di laman sendiri.

Sementara ia merupakan malam istimewa untuk Davis apabila dia melakukan enam jaringan pertamanya, termasuk gandingan bersama James di mana dia menjaringkan tujuh daripada sembilan mata pertama Lakers, penyerang selama lapan tahun itu bersikap lebih was-was. – AP

Anthony Davis melakukan jaringan menentang Karl Anthony semasa separuh masa kedua perlawanan bola keranjang NBA. – AP