Lakers usaha pertahan prestasi baik Lebron James

LOS ANGELES, 20 NOV – Juara NBA Los Angeles Lakers yang baru memenangi gelaran pada bulan Oktober, berdepan cabaran apabila pasukan Lakers perlu mengimbangi tindakan untuk memastikan superstar veteran LeBron James (gambar bawah) berada di tahap terbaik, kata naib presiden Lakers, Rob Pelinka semalam.

“Ia akan menjadi rutin bagi mengimbangi permainan sepanjang musim, menyedari dan mengetahui apa yang terbaik untuk LeBron, apa yang terbaik untuk kesihatannya, kesihatan pasukan, apa yang terbaik untuk liga dan menjalankan segala perancangan dengan berhati-hati dan bijaksana sepanjang tahun,” kata Pelinka dalam sidang video dengan wartawan.

James dan the Lakers mengalahkan Miami Heat di perlawanan akhir NBA dalam perlawanan di Orlando pada 11 Oktober lalu.

Dengan 72 perlawanan bagi musim 2020-2021 dijadualkan bermula pada 22 Disember depan, hanya kurang dari sebulan sahaja lagi untuk permulaan kem latihan pada 1 Disember.

James, yang akan berusia 36 tahun pada 30 Disember, tidak pernah menjadi penggemar teknik yang digunakan oleh pasukan untuk memberi pemain yang tidak cedera berehat selama satu musim untuk memastikan mereka berada dalam kondisi terbaik ketika playoff berlangsung.

“Sekiranya saya sihat, saya akan bermain,” kata James pada Disember lalu. “Maksud saya, itu harus menjadi pendekatannya.”

Tetapi tanpa empat bulan biasa untuk kembali pulih dari kepadatan jadual pada musim sebelumnya, bahkan bekas presiden Barack Obama telah menyarankan bahawa James mungkin perlu menghabiskan lebih sedikit waktu di gelanggang.

Obama, yang muncul dalam episod ‘The Shop’ di siaran TV HBO mengatakan James ‘pasti akan mempunyai sekatan beberapa minit’ pada musim baharu ini dengan alasan bahawa dia harus membiarkan rakan sepasukannya yang lebih muda, Anthony Davis.

“Itulah yang saya minta,” kata James. – AFP