Sunday, January 26, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lakonan Park Jihyun dalam Flex X Cop dikritik penonton

    Transformasi lakonan Park Ji-hyun telah memudaratkan prestasi kerjayanya, di mana sebelum ini dia pernah mendedahkan bahawa dia telah menambah berat sebanyak 7kg dan memotong pendek rambutnya untuk menjadi detektif di dalam filem Flex X Cop.

    Namun begitu, dia sekali lagi telah menjadi topik kritikan hangat kerana prestasi lakonannya yang teruk.

    Memetik kenyataan yang dikongsi Kimchi Daily, dengan ekspresi wajahnya yang sering bermasam muka dan sentiasa marah di dalam drama itu, penonton telah meluahkan rasa kecewa mereka kerana pelakon wanita tersebut seolah-olah telah mengganggu prestasi watak Ahn Bo-hyun yang sentiasa memainkan peranan aktif sebagai detektif dalam Flex X Cop.

    Malah, Park Ji-hyun juga dikatakan tidak dapat menyakinkan penonton dengan watak yang dibawanya dan menjadi salah satu punca mengapa drama itu mendapat rating rendah iaitu sebanyak 6.3 peratus.

    Memegang watak sebagai pelakon wanita utama merupakan satu tanggungjawab yang besar, jadi rata-rata warganet telah berasa kecewa kerana Park Ji-hyun tidak dapat melakonkan watak tersebut dengan sebaiknya serta merasakan pengarah drama itu seakan-akan telah salah memilih pelakon. – Agensi

    Ekspresi wajah Ji-hyun yang kurang memuaskan dan mengecewakan penonton dalam Flex X Cop yang hangat dipertikaikan. – kimchidaily
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda