Oleh Murshid Norizan
LIMBANG, Sarawak, 29 Jan – Mi dan laksa udang galah gergasi di Bazar Mara, Bandar Limbang kini semakin diminati ramai bukan sahaja kalangan masyarakat tempatan, malahan orang Brunei.
Gerai yang dahulunya beroperasi pada waktu malam sahaja, kini sudah pun berpindah ke Bazar Mara berhampiran kedai cermin mata Dunia Optik dan beroperasi dari pagi hingga ke malam, menghidangkan mi laksa udang galah gergasi dan juga udang kecil dengan harga yang agak berpatutan.