Laksana agenda pembangunan dengan profesionalisme

KOTA KINABALU, 26 NOV – Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor menggesa semua penjawat awam agar memberi tumpuan kepada pelaksanaan agenda pembangunan kerajaan negeri dengan profesionalisme.

Hajiji berkata kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendapat mandat rakyat dan mahu semua penjawat awam mengetepikan perbezaan mereka untuk menyokong kerajaan hari ini dengan penuh profesionalisme.

“Kerajaan GRS mengambil alih dalam keadaan mencabar berikutan pandemik COVID-19. Banyak program dan aktiviti kerajaan terpaksa ditunda tetapi sebaik sahaja pandemik ini reda, kami akan pastikan semua rancangan pembangunan akan diteruskan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini. Hajiji semalam mengadakan mesyuarat pasca-Kabinet pertama beliau bersama ketua jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). – Bernama