Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Laksana amanah agih kurma kurnia

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Ketua kampung mempunyai amanah dan tanggungjawab untuk memastikan seluruh penduduk kampung menerima kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti yang dihasratkan sebagai juadah berbuka puasa di bulan Ramadan.

    Dalam melaksanakan amanah itu, ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Jerudong B yang diketuai oleh Pemangku Ketua Kampung Jerudong B, Awang Kamis bin Panjang telah berkunjung ke beberapa buah rumah bagi menyampaikan agihan kurma kurnia Baginda Sultan kepada kalangan warga emas dan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan.

    Warga emas dan pesakit-pesakit tersebut amat berbesar hati dan turut menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas kurnia berkenaan.

    ATAS & BAWAH: Antara warga emas yang menerima kurma kurnia semasa kunjungan berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...