Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Laksana ibadah korban

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, pada tahun ini, berkenan melaksanakan ibadah korban sunat bagi Baginda berdua dan kerabat Baginda.

    Majlis ibadah korban sunat Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja telah berlangsung di Perkarangan Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong sejurus selepas sembahyang sunat Hari Raya Aidilada.

    Pada tahun ini, sebanyak 194 ekor binatang iaitu 180 ekor sapi dan 14 ekor kambing, dikorbankan dan sebahagian daging ibadah korban sunat tersebut diagihkan kepada 17,406 orang penerima iaitu 16,158 orang asnaf fakir dan miskin berserta tanggungan dan 1,248 orang dalam kalangan ibu tunggal dan warga emas di seluruh negara.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh pengerusi-pengerusi bersama jawatankuasa tertinggi majlis ibadah korban sunat berkenaan iaitu Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Haji Nazmi bin Haji Mohamad; Mufti Kerajaan,

    Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohd Nawawi bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Mohd Taha dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Pada majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan paduka-paduka anakanda Baginda telah berkenan menyempurnakan penyembelihan empat ekor kambing.

    Manakala itu, penyembelihan binatang-binatang korban yang selebihnya telah disempurnakan di Syarikat PDS Abattoir Sdn Bhd, Tapak Perusahaan Rumah Penyembelihan, di Kawasan Pertanian Kampung Batang Mitus, Tutong dan Syarikat Mohammed Norfaidzal bin Haji Zainuddin dan Anak-Anak di Lot G, Projek Ladang Ternakan Lampaki, Jalan Mulaut Lampaki, Kampung Mulaut.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menyempurnakan penyembelihan seekor kambing di perkarangan Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah sejurus selepas sembahyang sunat Aidiladha.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ketika berkenan berangkat ke majlis ibadah korban sunat sejurus selepas sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, kelmarin.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ketika berkenan menyempurnakan penyembelihan seekor kambing.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menyempurnakan penyembelihan seekor kambing.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menyempurnakan penyembelihan seekor kambing.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...