Laksana pendekatan baharu meriahkan Hari Keputeraan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 April – Acara-acara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-73 tahun diharap akan dapat memperlihatkan pendekatan-pendekatan yang baharu.

Dengan pembaharuan dan pembaikan sebagai nilai tambah serta mewalihkan lagi acara-acara sambutan perayaan supaya ia boleh menarik penyertaan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dengan konsep dan format yang berlainan yang akan menjadi ristaan dengan penyertaan pelbagai pihak, peringkat, lapisan rakyat, masyarakat dan kaum yang mewakili mukim dan kampung, pelajar dan penuntut sekolah dan institusi pendidikan, persatuan belia, pertubuhan awam dan bukan awam, syarikat swasta serta kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan.

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)