Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Laksana segera langkah cegah penipuan kewangan

    KUALA LUMPUR, 14 NOV – Kalangan perniagaan perlu bertindak melaksanakan langkah pencegahan penipuan yang menyeluruh, terutama dalam menghadapi jenayah kewangan yang kian sofistikated, kata Pengerusi Bursa Malaysia Bhd, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

    Beliau berkata, ini berikutan penjenayah terbabit beroperasi merentasi sempadan selain mengeksploitasi kaedah globalisasi dan teknologi bagi kepentingan sendiri selain mencabuli undang-undang negara serta melangkaui sempadan.

    “Ciri-ciri jenayah kewangan yang semakin transnasional itu bermakna dana daripada aktiviti-aktiviti haram berkenaan dapat bergerak memasuki struktur lebih kompleks, mendalam dan pantas yang menyukarkan usaha pengesanan atau menjejakinya,” katanya ketika menyampaikan ucap tama pada program tahunan Minggu Kesedaran Penipuan (FAW) edisi keenam Kenanga Investment Bank di sini, hari ini.

    FAW secara maya pada tahun ini bertemakan ‘Penegasan Daya Tahan Etika dan Moral Bagi Tadbir Urus Baik,’ dan sejajar dengan penekanan komitmen serta keyakinan Kenanga terhadap kaitan nilai-nilai etika dan moral dalam membangunkan tadbir urus berkesan.

    Pada masa sama, ini juga dapat membentuk budaya korporat dalam konteks pengawalseliaan yang pesat berkembang sepertimana dialami sekarang. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...