Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Laksana SOP di gerai-gerai perayaan

    Hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 Tahun 2022.

    Sehubungan itu gerai-gerai perayaan akan diadakan bagi memeriahkan Hari Keputeraan di beberapa lokasi yang telah ditetapkan di setiap daerah.

    Namun timbul satu persoalan di sini, sebagaimana yang kita ketahui gerai-gerai perayaan merupakan tarikan bagi kunjungan orang awam dan setentunya keramaian dan kesesakan akan berlaku.

    Justeru, ketika kita masih lagi di bawah ancaman COVID, bagaimanakah pihak relevan dapat memastikan orang awam mematuhi langkah-langkah SOP yang telah ditetapkan?

    Adakah pihak relevan akan mengehadkan kemasukan pengunjung atau terbuka seperti Bandarku Ceria?

    Memang tidak dinafikan melaksanakan langkah-langkah SOP ini juga tanggung jawab orang awam dengan memastikan sentiasa memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal namun tanpa pengawasan pihak relevan tidak mustahil orang awam mula leka dan melanggar arahan.

    Justeru diharap pihak relevan melakukan sesuatu bagi memastikan keselamatan orang awam dan sama-sama membendung penularan wabak.

    Hamba Prihatin

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...