Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Lalu lintas, simpang semasa hari kebangsaan diselia

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Dalam memastikan kelancaran lalu lintas semasa Majlis Doa Kesyukuran di Masjid Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS) dan Upacara Perhimpunan Agung sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-38 pada 23 Februari ini, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan melaksanakan pengawalseliaan jalan dan simpang-simpang di sekitar pusat Bandar Seri Begawan.

    Anggota polis akan ditempatkan di setiap simpang yang berkenaan, jelas Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Operasi, Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JASKLL), PPDB, Superintenden Haji Hamri Aslan bin Haji Abu Hanafiah, semasa sidang media di Dewan Bahasa dan Pustaka, Lapangan Terbang Lama Berakas, kelmarin.

    Beliau berkata, pengawalseliaan jalan dan simpang-simpang berkenaan akan dibuat secara berfasa bermula pukul 5:45 pagi.

    Jelasnya, kawasan-kawasan penurunan dan pengambilan peserta ditetapkan di tiga lokasi seperti di Jalan Bendahara, Jalan Dato Isa dan Jalan Dato Taib.

    Beliau turut menyarankan semua pengunjung untuk lebih berhati-hati serta memberikan kerjasama dengan mengikuti arahan-arahan anggota polis yang bertugas mengawal lalu lintas dalam sama-sama melancarkan laluan nanti.

    Para pemandu juga dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan di tempat yang dikhaskan atau dibenarkan sahaja dan tidak meletakkan kenderaan di kawasan yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas dan tidak menjejaskan mana-mana laluan kenderaan kecemasan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...