Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Laluan darat M’sia-S’pura dibuka serentak pembukaan sempadan negara

    JOHOR BAHRU, 7 MAC – Laluan darat Malaysia ke Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua akan dibuka serentak dengan tarikh pembukaan sempadan negara, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

    Nancy berkata ia membolehkan rakyat dari republik berkenaan melancong ke negara ini sekali gus merancakkan kembali sektor pelancongan negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Bagaimanapun, beliau berkata pengumuman mengenai perkara itu akan dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat. 

    “Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersiap sedia dan sentiasa bersedia (menerima pelancong dari luar negara). Semua kita akan buka sekali,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama penggiat industri di sini hari ini. 

    Laluan sempadan darat sangat sinonim dengan Johor dan Singapura kerana pelancong dari republik itu lebih memilih melalui jalan darat kerana sudah terbiasa selain jarak yang dekat dan mudah. – Bernama

    Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri ketika gimik pelancaran Majlis Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya bersama Penggiat Industri dan Program Bicara semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...