Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Laluan LTdL 2022 diubah

    LANGKAWI, 17 OKT – Perlumbaan peringkat ketujuh saingan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) membabitkan laluan dari Pekan Kuah ke puncak Gunung Raya esok mengalami perubahan berikutan cuaca buruk dan banjir serta tanah runtuh yang melanda pulau peranginan ini.

    Menerusi kenyataan pihak penganjur Human Voyage, Presiden Komisar pertandingan Wayne Pomario bersetuju supaya laluan sejauh 90.8 kilometer (km) itu digantikan dengan laluan peringkat lapan membabitkan Loop Langkawi.

    “Susulan mesyuarat dengan pihak berkuasa tempatan termasuk Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah Langkawi dan Jawatankuasa Keselamatan Trafik Daerah Langkawi memutuskan penamat Peringkat 7 di puncak Gunung Raya dibatalkan kerana kebimbangan keselamatan penunggang, pasukan, dan orang ramai.

    “Pembatalan itu dibuat berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku di empat lokasi di Gunung Raya,” menurut kenyataan yang dikeluarkan malam ini.

    Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) hari ini mengesahkan antara kawasan dilanda banjir termasuk Kampung Teluk Yu, Kampung Kilim dan Kampung Telaga Ayer Hangat di Ayer Hangat; Kampung Belanga Pecah di Kuah; Bukit Kemboja dan Sungai Melaka di Padang Matsirat dan Empangan Padang Saga di Ulu Melaka. – Bernama

    Risiko cuaca buruk, banjir serta tanah runtuh menyebabkan pihak penganjur mengubah laluan LTdL 2022.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...