TAIPEI, 5 OKT – Ribut Tropika Chan-hom dilihat menuju ke Jepun namun jangkaan yang lebih tepat mengenai laluannya tidak dapat diramalkan sehingga selepas Rabu, kata Biro Cuaca Pusat (CWB) pada hari ini.
Ribut, yang meningkat daripada hujan lebat dan angin kencang tropika pada pagi ini, berada 1,820 kilometer ke timur Taiwan pada pukul 8 pagi, lapor agensi berita Pusat China memetik CWB.
Ia bergerak dengan kelajuan 12 kilometer sejam, dan laluannya kini, kemungkinan akan mendekati Kepulauan Ryuku antara Jepun dan Taiwan dalam tempoh dua atau tiga hari, kata pengkaji cuaca CWB, Liu Pei-teng. Sekiranya ribut kemudian menuju ke utara pulau utama Jepun, berkemungkinan tinggi, ia tidak akan menjejaskan Taiwan secara langsung, kata Liu. – Bernama


























