Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Laluan sukar menanti JDT bertemu Ulsan Hyundai FC

    ISKANDAR PUTERI, 17 APRIL – Perlawanan sukar menanti pasukan Harimau Selatan apabila bertemu kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai FC dalam perlawanan kedua Liga Juara-juara Asia 2022 (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, esok.

    Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora berkata anak-anak buahnya dijangka tidak berhadapan laluan mudah memandangkan perlawanan pertama Ulsan Hyundai  menentang Juara Liga Jepun, Kawasaki Frontale pada Jumaat lalu, mereka mempamerkan permainan dan barisan hadapan yang hebat.

    “Jadi kami menjangkakan tahap permainan yang baik sudah tentu di padang ini (Stadium Sultan Ibrahim) akan memudahkan mereka yang sudah biasa bermain dalam padang yang berkualiti tinggi. Mereka sudah biasa dengan persekitaran yang baik dan sudah tentu Larkin (stadium) adalah sukar buat mereka kerana cuaca panas. 

    Mereka bermain pada jam 5 petang, jadi rentak permainan agak perlahan tetapi sekarang saya fikir di sini mereka akan benar-benar menunjukkan kehebatan mereka dan ini mungkin amat mencabar buat kami,” katanya  dalam sidang media pra perlawanan di stadium di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...