Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    ‘Lama tunggu makanan’, lelaki tembak tukang masak

    ROM, 11 APRIL – Seorang suspek lelaki ditahan polis selepas didakwa menembak seorang tukang masak di sebuah restoran di tengah bandar Adriatik Pescara, di Abruzzo, lapor agensi berita Itali (ANSA) memetik sumber. 

    Pemilik restoran itu berkata, kejadian berpunca daripada pertengkaran ketika menunggu makanan.

    Mangsa berusia 23 tahun kini dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

    Sementara itu, suspek yang berusia 29 tahun ditahan di sebuah stesen di lebuh raya ketika cuba melarikan diri dengan teksi. 

    Polis turut merampas sepucuk pistol separa automatik, kata sumber. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...