BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai – Satu laman web bagi memudahkan orang awam membuat status permohonan kemajuan, OneBiz telah pun disediakan.
Orang awam yang ingin memeriksa status permohonan kemajuan mereka bolehlah melayari laman sesawang OneBiz di www.onebiz.business.gov.bn dengan menaip nombor rujukan OneBiz yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti N – 2017-00XXXX dan klik ‘Search,’ yang mana status permohonan akan tertera.
Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang disiarkan di sini hari ini mengatakan, tatacara itu boleh digunakai bagi permohonan berkaitan dengan kemajuan seperti kebenaran kemajuan, kebenaran memulakan kerja-kerja kemajuan (Borang C) dan Permit Kerja (OP).