Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Laman sesawang Program WAH dilancar

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Program Tempat Kerja dan Kesihatan (WAH) merupakan program kerjasama perkongsian awam swasta (PPP) Kementerian Kesihatan dan Gleneagles JPMC (GJPMC) Sdn Bhd bagi peringkat kedua, 2020/2021 di mana program itu dijalankan di 13 buah kementerian.

    Sehubungan dengan itu, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar, telah menyempurnakan pelancaran laman sesawang Program WAH sempena dengan pelancaran Pelan Tindakan Pelbagai Sektor Brunei Darussalam bagi Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Tidak Berjangkit (BruMAP-NCD) 2021-2025 yang berlangsung di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, kelmarin.

    Laman sesawang Program WAH merupakan komponen pendidikan kesihatan secara atas talian mengenai risiko penyakit-penyakit tidak berjangkit di mana ia mengandungi kursus-kursus atas talian dengan topik-topik kesihatan seperti amalan pemakanan sihat, kegiatan fizikal serta bahaya merokok, kesihatan mental dan banyak lagi pada masa akan datang.

    Setiap kursus mengandungi video-video bersiri topik kesihatan, kuiz soal jawab dan peluang untuk cabutan bertuah Program WAH.

    Laman sesawang itu nanti boleh diakses oleh warga perkhidmatan awam dan digalakkan untuk berdaftar akaun terdahulu sebelum menyertai kursus-kursus dalam talian berkenaan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham menyempurnakan pelancaran laman sesawang Program WAH yang berlangsung di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...