SHANGHAI – Merasakan dirinya terperangkap dalam kehidupan yang ‘membosankan’ sebagai seorang ahli tenaga kerja moden China, ‘Yaorenmao’ melarikan diri ke sistem dalam talian yang mana dia melakukan tarian dan menghiasi dirinya dengan pakaian cosplay untuk tetampan 1.3 juta peminatnya.
Dunia alternatifnya adalah bilibili.com, sebuah platform perkongsian video yang diasaskan oleh Shanghai ini telah menarik lebih daripada 150 juta pengguna China dengan campuran eklektik video dan animasi yang dihasilkan oleh pengguna yang diberikan inspirasi oleh dunia Jepun ACG (animasi, komik dan permainan).
Sebahagiannya terdorong oleh disebabkan kekurangan kandungan yang bersesuaian bagi belia di China yang mana Facebook dan Youtube telah disekat, dan saluran media dan hiburan kebanyakannya ditapis, ACG China telah berkembang kepada berbilion-bilion dolar industri seperti yang dinyatakan oleh penganalisis, dengan menarik pelaburan daripada teknologi raksasa seperti Tencent dan Alibaba.
Dan dengan video amatur yang telah dimuat naik memenuhi telefon pintar China, platform seperti bilibili mampu menyemarakkan dan menjadikan warga awam Cina – yang dilengkapi dengan sebuah kamera – menjadi seorang selebriti terkenal.
Yaorenmao yang berusia sekitar 20-an ini mempunyai nama samaran yang bermaksud ‘kucing yang menggigit manusia’, mula memuat naik video DIY pendek dari rumahnya yang terletak di bandar barat daya Chengdu pada tahun 2011. Dia menari mengikut tiun lagu sakarina yang merdu dalam klip itu, memaparkan impian zaman kanak-kanaknya yang tidak dapat dipenuhi iaitu untuk menjadi seorang penari.


“Saya bekerja seperti orang normal lainnya setelah menerima ijazah (dari universiti), tetapi kehidupan normal dan pekerjaan adalah sesuatu yang sangat membosankan,” katanya sambil menyembunyikan nama sebenar dan pekerjaannya bagi mengasingkan dua kehidupannya.
Peminatnya semakin bertambah dan selalu mengirimkan hadiah atau wang yang mana dilaburkannya semula kepada pakaian dan peralatan khas, termasuklah perjalanan 10,000 yuan (AS$1,500) ke Jepun untuk merakam video musim bunga yang cantik.
Peminatnya telah mendekati kerja amaturnya “dengan hati yang terbuka dan memberikan galakan terhadap saya kerana mereka ingin melihat saya melakukannya dengan baik dan lebih baik. Ia seakan-akan menjadikan mereka bertambah baik dan lebih baik lagi,” beritahunya kepada AFP.
Berdasarkan hampir sepenuhnya kepada laman sesawang ACG Jepun yang terkenal seperti Niconico, bilibili telah menarik perhatian ramai orang ramai dengan mempromosikan video komen langsungnya yang tersendiri yang mana catatan pengguna dapat dilihat di skrin itu dalam masa nyata. Pada masa yang sama, membantu melindungi daripada video tersebut dikomen.
Pengerusi Bilibili, Chen Rui, memberitahu AFP bahawa golongan milenium China yang dilahirkan pada zaman Internet adalah semakin ramai dalam mendiami dunia maya.
“Semua orang takut terhadap kesepian dan semua orang menginginkan dunia yang lebih baik yang mana anda dapat mengutarakan pemikiran anda dan tidak perlu melihat kepada orang yang anda tidak gemari,” kata Chen.
“Apabila anda telah melihat dunia yang diciptakan oleh bilibili, anda pasti tidak akan dapat meninggalkannya.”
Penganalisis menganggarkan dunia ACG China telah meningkat melebihi daripada separuh dalam empat tahun kebelakangan ini kepada sekitar 300 juta peminat yang membelanjakan dalam subbudaya itu dengan purata lebih daripada 1,700 yuan (AS$255) setiap tahun dan sebahagian menjangkakan industri tersebut satu hari nanti akan mampu menyaingi leluhur Jepun.
Bilibili menawarkan pelbagai bahan yang membingungkan yang mana 70 peratus daripadanya adalah hasil daripada pengguna termasuk juga di dalamnya permainan, video persendirian yang aneh seperti video Yaorenmao, ulasan amatur terhadap gaya hidup, teknologi, kecantikan, fesyen dan hiburan dan sudah setentunya siri anime Jepun.
Liga Pemuda Komunis juga telah membuka saluran bilibili yang mengandungi video yang menyanjungi parti pemerintah. Huang Yanhua, seorang penganalisis di bawah iResearch Consulting mengatakan bahawa dunia ACG dalam talian China sedang berada di dalam ‘peringkat permulaan’ yang tidak teratur akan tetapi dia menjangkakan perkara tersebut akan berfungsi sebagai inkubator untuk kandungan asli China yang berjaya.
“Setiap generasi mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk berhibur. Mereka yang dilahirkan selepas tahun 1990-an telah mula bekerja dan mereka sekarang adalah tenaga penggunaan utama di China dan hobi mereka menjadi aliran utama yang akan mengubah landskap industri.”
Tencent telah melancarkan laman sesawangnya tersendiri sama seperti bilibili yang dikenali sebagai Komik Tencent dalam tahun 2012 dan pada masa ini telah bergabung secara langsung dengan bilibili bagi menghasilkan video animasi. Perdagangan E-dagang mega Alibaba melalui laman sesawang streaming mereka iaitu Youko Tudou, yang telah membawa kepada sebuah pelaburan AS$50 juta dalam persaingan di antara bilibili dan Acfun dalam tahun 2015.
Firma analisis pasaran CIConsulting mengatakan bahawa baru-baru ini pasaran ACG China telah menjadi sebuah industri berbilion dolar yang berkembang dengan pesat.
Bilibili telah dilancarkan pada konvensyen tahunan Shanghai dalam tahun 2013 yang menarik kira-kira 800 orang. Pada tahun ini, acara tersebut yang dilangsungkan pada bulan Julai lalu telah menarik lebih daripada 100,000 orang pemuat naik seperti Yaorenmao dan peminat yang mana kebanyakan daripada mereka berusia dalam lingkungan remaja dan awal 20-an, dan kebanyakkannya menggunakan kostum mengikut karakter komik.
Zeng Hang, seorang ketua eksekutif program dalam talian yang bertemakan tentera yang dipanggil sebagai ‘Pertunjukan Perang Gila’, mengatakan bahawa alam maya telah dengan cepat menggantikan dunia sebenar untuk ribuan milenium China yang bergelut dengan perubahan pesat ekonomi, teknologi dan sosial negara.
“Mereka sekarang tinggal di bangunan tinggi yang terletak di Shanghai dan mereka mungkin tidak mengetahui kanak-kanak dari rumah sebelah,” kata Zeng.
Kandungan Bilibili ini adalah satu penawar katanya.
“Kebanyakan orang juga mengalami banyak tekanan di China, oleh itu mereka menyukai benda sebegini.”
“Mereka lebih mempedulikan tentang kewujudan mereka di dunia maya dan sanggup untuk berbelanja pada benda yang mereka sukai.” – AFP