Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laman web Nimanja dilancarkan

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac – Penggunaan teknologi semakin berleluasa di seluruh dunia dan menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.

    Penggunaannya turut merangkumi pelbagai bidang terutama sekali dalam bidang perusahaan secara online, kata Duta Besar Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, Craig B. Allen semasa melancarkan laman web perusahaan Nimanja bersama Pengarah Urusan Nimanja, Anderson Lim di Hotel Radisson Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Beliau berkata, Kedutaan Amerika Syarikat akan sentiasa menyokong perusahaan bagi membolehkan anak muda untuk mencapai impian mereka.

    “Amerika Syarikat mempelawa hubungan dua hala dan menyokong syarikat-syarikat seperti Nimanja untuk menjadikan produk Amerika Syarikat boleh didapati seluruh dunia”.

    Craig B. Allen bersama Anderson Lim melancarkan laman web perusahaan Nimanja.
    Craig B. Allen bersama Anderson Lim melancarkan laman web perusahaan Nimanja.

    Sementara itu, Anderson Lim pula dalam ucapannya mengongsikan sejarah dan pengalaman beliau semasa berada di Amerika Syarikat dan juga pernah menjadi atlit renang negara yang bertanding dalam Sukan Olimpik London 2012.

    Beliau yang sudah bersara kini mengalihkan tumpuannya kepada bidang perniagaan yang diusahakannya, iaitu perniagaan produk Nimanja.

    Nimanja merupakan kedai haiwan peliharaan online pertama di negara ini dan mempunyai 3,500 produk termasuk makanan haiwan, produk pembuangan najis haiwan (animal litter) serta peralatan keperluan haiwan yang merangkumi 50 jenis jenama.

    Selain itu Nimanja juga memperkenalkan beberapa produk makanan haiwan buatan Amerika Syarikat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda