Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lambang AUSF didedahkan

    FUZHOU, 9 Ogos – Lambang bagi persaingan Piala Bola Sepak Persekutuan Sukan Universiti Asian (AUSF) di Jinjiang, Selatan China didedahkan semalam.

    Rekaan terakhir, yang dipilih daripada 10 alternatif yang dihantar oleh lima buah syarikat, direka dengan memiliki ciri-ciri budaya setempat rantau Minnan.

    Diinspirasikan dengan gaya rekaan tradisi ‘bata dan batu,’ logo seperti bola sepak itu direka dengan dua warna utama: bata merah dan hijau rumput, menggabungkan elemen budaya setempat dengan imej padang bola sepak.

    Lambang yang diluluskan oleh AUSF itu, yang menggunakan karakter China yang merujuk kepada Asia dan huruf Inggeris ‘A’ mempamerkan kaligrafi berus China ‘Jinjiang 2018’ di bawahnya.

    Berdasarkan kepada perkenalan jawatankuasa penganjuran, pereka Zhou Xie adalah berasal dari Jinjiang, dan sekarang bertugas di syarikat pengiklanan.

    Piala Bola Sepak AUSF 2018 akan mengambil tempat dari 29 Oktober sehingga 11 November. – Xinhua.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda