Wednesday, March 26, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lambang kemegahan

    WARNA merah sering dikaitkan dengan masyarakat Cina terutama pada setiap kali sambutan Tahun Baru Cina. Warna merah itu dipanggil hong dalam Bahasa Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah.

    Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan membawa tuah jika dipakai pada hari pertama Tahun Baru Cina dan majlis perayaan yang lain. Mereka percaya dengan pemakaian warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun dan kecemerlangan dalam hidup mereka.

    Oleh sebab itu, bila tibanya perayaan ini hiasan berwarna merah sering digantung sepanjang jalan yang menandakan perayaan itu kini bukan sahaja disambut oleh masyarakat tersebut tetapi juga sudah menjadi seperti perayaan seluruh masyarakat.

    pgm17_170128_a

    pgm17_170128_b

    pgm17_170128_c

    Hiasan tanglung berwarna merah yang pelbagai saiz dan bentuk sering memenuhi kawasan kediaman masyarakat Cina. Ini menunjukkan perayaan itu akan disambut dengan cukup meriah.

    Warna merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria telah menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan yang turut mendominasikan persekitaran kehidupan mereka. Namun, warna merah juga menguasai hampir setiap ruang di dalam dan luar rumah mereka.

    pgm17_170128_e

    pgm17_170128_d

    pgm17_170128_f

    Hiasan dalaman rumah dan tanglung-tanglung serta birai pintu rumah juga akan diwarnai dengan warna merah bagi menyambut ketibaan tetamu. Hiasan bunga-bunga juga berona merah mewujudkan semangat keceriaan yang padu dan harmoni.

    Ia juga membawa maksud keteguhan, keberanian, keceriaan dan kemegahan. Warna ini dikatakan memberi dorongan kepada keadaan yang lebih positif dalam kehidupan masyarakat Cina.

    Warna ini akan terus menjadi simbol kemegahan masyarakat tersebut malah melambangkan keteguhan apabila digunakan sebagai simbol pada logo-logo, lencana, bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan duit syiling.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda