Sunday, December 4, 2022
31.7 C
Brunei

-

Lambang keutuhan pemerintahan beraja

Oleh Yusrin Junaidi & Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Keakraban antara seorang raja dengan rakyat jelata pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah di Daerah Tutong, hari ini, sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 Tahun melambangkan keutuhan pemerintahan beraja yang sanggup ‘turun padang’ untuk menatap wajah, bersalaman dan berinteraksi dengan rakyat tanpa mengira keadaan cuaca yang ada kalanya hujan, panas terik satu perkara yang jarang sekali berlaku di kebanyakan negara di dunia, namun ia sudah menjadi tradisi dan amalan bagi negara ini.

Sifat kepimpinan dan keperibadian Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebagai seorang raja yang berwibawa, bijaksana dan berjiwa rakyat jelas terbukti dengan keberangkatan Baginda bercemar duli ke majlis berkenaan.

Ketua Kampung Bakiau dan Pengkalan Mau, Haji Mohd Taib bin Haji Jaluddin ketika ditemui di majlis itu berkata, Daerah Tutong merupakan daerah pertama bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk tahun ini.

“Mudah-mudahan dengan keberangkatan Baginda Sultan ke Daerah Tutong memberi kesempatan kepada rakyat Tutong untuk beramah mesra dan menyembahkan ucapan selamat ulang tahun Hari Keputeraan”.

Dalam temu bual bersama Media Permata, Haji Mohd Taib juga menyentuh mengenai titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengenai ekonomi negara dan menyeru rakyat untuk melipatkan gandakan pendapatan negara dan sebagai rakyat seharusnya menanai dan mengambil iktibar daripada titah Baginda Sultan untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja yang lain ke pentas diraja.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja yang lain ke pentas diraja.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja yang lain berkenan bercemar duli ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja yang lain berkenan bercemar duli ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai bersama rakyat dan penduduk di Daerah Tutong. – Gambar Infofoto
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai bersama rakyat dan penduduk di Daerah Tutong. – Gambar Infofoto
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menandatangani poster.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menandatangani poster.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima pesambah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima pesambah.
Rakyat dan penduduk di Daerah Tutong tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenang-kenangan bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
Rakyat dan penduduk di Daerah Tutong tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenang-kenangan bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan memotong kek puja usia.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan memotong kek puja usia.
Paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang turut berkenan berangkat ke majlis berkenaan. – Gambar Infofoto
Paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang turut berkenan berangkat ke majlis berkenaan. – Gambar Infofoto
Sembah alu-aluan yang disampaikan oleh Pengawai Daerah Tutong.
Sembah alu-aluan yang disampaikan oleh Pengawai Daerah Tutong.

“Sebagai seorang rakyat, saya mewakili Kampung Bakiau dan Pengkalan Mau merasa amat bersyukur dan sangat-sangat menghargai dan amat suka cita diberi peluang untuk berjunjung ziarah kehadapan majlis Baginda Sultan,” ujarnya.

Sementara itu, salah seorang pengunjung yang ditemui, Awang Mohd Fakhirulazeem dari Kampung Bukit Beruang melahirkan rasa syukur dan gembira kerana dapat bersama-sama keluarga menyaksikan keberangkatan Baginda bercemar duli di Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk di daerah berkenaan buat pertama kali setelah sekian lama bertugas di laut.

Beliau berkata, keberangkatan Baginda pada majlis berkenaan sememangnya menjadi detik ristaan yang dinantikannya dan ia akan menjadi satu kenangan manis.

Manakala itu, Awang Azmain bin Sulaiman dari Pusat Bahagia Tutong pula berkata, keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia merupakan peluang keemasan yang dinanti-nantikan oleh semua bagi menjunjung kasih setinggi-tingginya, menzahirkan rasa syukur dan kasih sayang yang amat mendalam terhadap raja yang sangat dicintai yang sentiasa memeduli amalan beragama, kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di daerah ini.

Dayang Siti Nurul Hafizah dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali pula menyatakan, kehadiran mereka rata-rata menunjukkan rasa kesyukuran, penghargaan dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kehadapan majlis Baginda Sultan atas kepimpinan, kewibawaan dan kebijaksanaan yang telah menjamin suasana dan keadaan negara yang makmur, selamat, aman damai dan tenteram.

“Biarpun ada kalanya dalam keadaan cuaca hujan atau panas bukan penghalang untuk kami datang berduyun-duyun ke acara berkenaan, kerana apa yang lebih bermakna buat kami ialah dapat menatap wajah raja yang sangat-sangat kami sanjungi dan kasihi,” ujarnya.

Onn Chee Ken yang merupakan guru di Sekolah Menengah Muda Hashim pula memberitahu Media Permata, “Kita selaku rakyat dan penduduk negara ini adalah sepatutnya merasa bersyukur, kerana memasuki 50 tahun pemerintah Baginda, Negara Brunei Darussalam terus dilimpahi dengan keberkatan serta rakyat dan penduduknya sentiasa menikmati kehidupan yang aman dan sejahtera”.

Apa yang lebih membanggakan, katanya, rasa cinta dan kasih sayang Baginda kepada rakyat dan penduduk negara ini, bukan hanya kelihatan pada sesetengah acara atau majlis yang melibatkan Baginda bahkan Baginda sendiri juga sentiasa turun padang dalam apa jua hal baik secara rasmi mahupun tidak.

“Ini jelas terbukti apabila Baginda sendiri sering berangkat bercemar duli meninjau dengan lebih dekat lagi perkembangan dan kehidupan rakyat Baginda yang mengalami pelbagai kesusahan dan bencana seperti yang terlibat dengan bencana banjir dan sebagainya,” ujarnya lagi.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -