Tuesday, October 3, 2023
28.6 C
Brunei

    -

    Lambrecht letak jawatan

    BERLIN, 16 JAN – Menteri Pertahanan Jerman, Christine Lambrecht meletak jawatan kelmarin selepas menerima kritikan berat selama berbulan-bulan mengenai tindak balas Berlin yang lambat terhadap peperangan di Ukraine.

    Keputusan beliau dibuat hanya beberapa hari sebelum perjumpaan penting dengan menteri pertahanan Ukraine, dan setelah Berlin menerima tekanan kuat untuk menyediakan kereta kebal tempur ke Kyiv.

    Jurucakap Canselor, Olaf Scholz kelmarin berkata, beliau akan mengumumkan pengganti Lambrecht dalam masa terdekat.

    Lambrecht, 57, berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau telah meminta Scholz untuk melepaskannya daripada tugasnya.

    “Fokus media yang berlangsung selama berbulan-bulan terhadap diri saya hampir tidak mungkin untuk melaporkan dan membincangkan mengenai tentera dan keputusan dasar keselamatan demi kepentingan rakyat Jerman,” katanya.

    Ahli politik dari Parti Demokrat Sosial (SPD) Scholz telah menerima kritikan selama berbulan-bulan mengenai apa yang dilihat oleh sesetengah pihak sebagai tindak balas goyah Jerman terhadap konflik di Ukraine. – AFP

    Gambar fail bertarikh 11 Jan 2023 menunjukkan Lambrecht menghadiri mesyuarat kabinet mingguan di Berlin, Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Angka kematian denggi melebihi 1,000 di Bangladesh

    DHAKA, 2 OKT - Lebih 1,000 orang di Bangladesh telah meninggal dunia akibat demam denggi sejak awal tahun ini, menurut angka rasmi, yang menunjukkan...