Lamelo sapu anugerah Pemain Baharu Terbaik

NEW YORK, 17 JUN – Pemain Charlotte Hornets, LaMelo Ball telah dinamakan sebagai Pemain Baharu Terbaik NBA hari ini, menewaskan pesaing dari Minnesota, Anthony Edwards dan pemain Sacramento Kings, Tyrese Haliburton.

Ball, 19, dipilih oleh Hornets dalam ketiga terbaik keseluruhan semasa penyenaraian pemain 2020 selepas menghabiskan musim 2019-2020 dengan Illawara Hawks di Liga Bola Keranjang Kebangsaan Australia.

Pemain remaja tersebut secara purata mencatatkan 15.7 mata, 6.1 assist, 5.9 rebound dan 1.59 steal dalam 51 perlawanan bersama Charlotte, mendahului kesemua pemain baharu dalam assist dan steal.

Ball menerima 84 undian tempat pertama dari 99 panel global penulis sukan dan penyiaran yang menentukan anugerah, dengan jumlah keseluruhan mata terkumpul sebanyak 465.

Pemain baharu Timberwolves, Edwards menerima 15 undian tempat pertama dan menamatkan di kedudukan kedua dengan 309 mata. Haliburton meraih 114 mata.

Di bawah sistem undian mengikut pilihan, pemain menerima lima mata bagi setiap undian tempat pertama, tiga mata bagi undian tempat kedua dan satu mata bagi setiap undian tempat ketiga.

Musim sulung Ball yang mengagumkan termasuk mencatatkan triple-double buat Charlotte dalam perlawanan menentang Atlanta Hawks pada Januari, menjadikan dia sebagai pemain termuda untuk mencatatkan triple dalam NBA.

Dalam persembahan lain termasuk aksi 34 mata dalam perlawanan menentang Utah Jazz pada Februari.

Ball adalah adik termuda di kalangan adik-beradik yang bermain bola keranjang yang meningkat naik semasa karier di sekolah tinggi di California.

Abang sulungnya, Lonzo Ball, 23, menjadi pemain pilihan kedua keseluruhan tersenarai pada 2017, memilih Los Angeles Lakers sebelum ditukar ke New Orleans Pelicans.

LiAngelo Ball, 22, merupakan pemain agen bebas yang masih belum beraksi di NBA. – AFP

LaMelo Ball dianugerahkan sebagai Pemain Baharu Terbaik NBA setelah menerima undian 309 mata. – AP