Lampard bangga dengan respons Chelsea

LONDON, 13 APRIL – Pengurus Chelsea Frank Lampard percaya The Blues boleh berbangga dengan tindak balas mereka menangani krisis koronavirus.

Kelab London tersebut dengan pantas menawarkan sebuah hotel berhampiran stadium di Stamford Brige untuk pekerja kesihatan apabila perlawanan Liga Perdana Inggeris telah digantung dan berjanji untuk menyamakan sumbangan yang dibuat untuk badan kebajikan keganasan domestik, Refuge semasa kempen mengumpul dana selama enam minggu.

Tidak seperti kelab Liga perdana Inggeris lain yang telah dikritik kerana menggunakan skim kerajaan UK iaitu membenarkan cuti kakitangan, Chelsea tidak berhasrat untuk menggunakan wang awam.

“Saya sangat bangga menjadi pengurus kelab dengan cara Chelsea menangani semua ini,” Lampard memberitahu SkySports.

“Mereka memberi tindak balas pantas untuk membantu menawarkan hotel dan terdapat banyak kerja yang dilakukan dengan yayasan, perkaitannya dan berhubung dengan peminat.

“Ramai orang di Chelsea yang suka membantu.”

Pemain Liga Perdana Inggeris telah dikritik oleh ahli politik, termasuk setiausaha kesihatan UK, Matt Hancock, kerana tidak bersetuju dengan pemotongan gaji.

Sebuah dana telah diwujudkan oleh bintang-bintang Liga Perdana Inggeris untuk menghulurkan sumbangan kepada pekerja barisan hadapan dalam perkhidmatan kesihatan dan menangguhkan pembayaran gaji bagi beberapa buah kelab.

“Pemain bola sepak akan mencuba dan membuat perkara yang betul,” tambah Lampard. “Saya rasa mereka memerlukan waktu dan ahli politik mengkritik ketika mereka sedang membuat persediaan. Agak malang mereka digambarkan seperti itu. – AFP

FrankLampard memuji tindak balas kelab dalam menangani krisis COVID-19 terutama menyediakan hotel dan menubuhkan yayasan membantu mangsa keganasan domestik- AP