LONDON, 3 Feb – Bekas bintang tengah England dan Chelsea, Frank Lampard telah mengumumkan persaraannya semalam di usia 38 tahun, menamatkan kerjayanya dalam bola sepak yang akan diingati sebagai antara pemain terbaik Liga Perdana.
Lampard tidak mendedahkan apa rancangannya seterusnya, tetapi dia berkata bahawa dia berterima kasih kepada Persekutuan Bola Sepak (FA) Inggeris atas peluang untuk melakukan latihan kejurulatihan, mencadangkan dia mungkin memasuki bidang pengurusan.
Penjaring rekod Chelsea itu berkata dia telah menolak sejumlah tawaran menarik untuk terus bermain di Britain dan luar negara, dengan pengurus Swansea, Paul Clement mendedahkan bahawa dia gagal menarik Lampard untuk bermain bersama pasukan bergelut Liga Perdana itu.
“Selepas 21 tahun yang menakjubkan, saya telah membuat keputusan bahawa kini adalah masa yang tepat untuk mengakhiri kerjaya saya sebagai pemain bola sepak profesional,” menurut kenyataan Lampard di Facebook.
“Saya begitu bangga dengan kejuaraan-kejuaraan yang telah saya menangi, mewakili negara saya melebihi 100 kali dan menjaringkan lebih 300 gol dalam kerjaya saya.”
Lampard telah meninggalkan New York City FC pada musim Luruh dan telah bermain bersama West Ham United dan Manchester City dalam Liga Perdana.
Tetapi ia adalah Stamford Bridge di mana dia benar-benar mencipta nama sebagai pemain berprofil tinggi.
Dia telah menjaringkan 211 gol untuk The Blues dan telah memenangi beberapa penghormatan kelab, menjaringkan gol-gol pada tahun 2005 bagi menjulang kejuaraan pertama kelab dalam tempoh 50 tahun.
“Setentunya, sebahagian besar hati saya milik Kelab Bola Sepak Chelsea, sebuah kelab yang telah memberikan saya banyak kenangan,” jelas Lampard.
“Saya tidak akan melupakan semua peluang yang telah mereka berikan kepada saya dan kejayaan yang berjaya kami capai bersama. Ia adalah mustahil untuk memberikan ucapan terima kasih secara individu kepada semua orang yang telah membantu dan menyokong saya selama 13 tahun di sana.
“Apa yang saya dapat katakan adalah sejak saya mula-mula menandatangani bersama Chelsea dan seterusnya, saya sangat berterima kasih kepada semua orang.Para penyokong Chelsea telah memberikan saya dan rakan sepasukan saya sokongan yang menakjubkan.
“Semangat dan kehausan mereka telah mendorong saya untuk melakukan yang terbaik setahun ke setahun. Saya mungkin tidak dapat melakukannya tanpa mereka.” – AFP