LONDON, 2 Ogos – Marcelo Bielsa dan Frank Lampard akan membawa sentuhan bintang yang berkualiti ke Kejuaraan Inggeris tetapi berdepan dengan tugas sukar untuk memulihkan semula kelab gergasi yang dulunya terkenal, Leeds United dan Derby County.
Kedua-dua pengurus itu mempunyai sesuatu yang mahu dibuktikan, veteran dari Argentina, Bielsa mahu membuktikan bahawa beliau masih berbisa sementara Lampard akan mengorak langkah sebagai pengurus selepas melalui karier yang menakjubkan sebagai pemain.
Kedua-dua pengurus itu tidak akan menunggu lama untuk bersemuka apabila Leeds United dan Derby County akan bertembung pada 11 Ogos di Derby.
Para peminat mungkin membenarkan mereka untuk menikmati tempoh bulan madu tetapi peminat dari kedua-dua buah kelab yang masing-masing pernah merangkul kejuaraan England lima kali, percaya bahawa kedua-dua pasukan itu sepatutnya berada di Liga Perdana.
Meskipun berdepan dengan tekanan, Bielsa, menolak untuk menjadi tebusan kepada kekayaan.

“Sejarah kelab ini, semua orang tahu bagaimana untuk menilai kejayaan dan kegagalan pada akhir musim,” katanya. “Jika anda cuba untuk meramal masa depan, anda hampir menjadi hebat berbanding jurulatih bola sepak yang lain.”
Sementara Liga Kejuaraan kekurangan dengan nama-nama besar dari Liga Perdana Inggeris, ia sangat kompetitif di mana Bielsa dan Lampard tidak mempunyai kelebihan apabila kedua-dua kelab tersingkir daripada kejohanan tertinggi yang mempunyai peluang untuk menerima bayaran.
Stoke City, tersingkir dari Liga Perdana pada Mei lalu, menjadi pilihan utama untuk bangkit semula dan juga West Brom dijangka akan beraksi dengan baik.
Perlawanan pertama Lampard pada Jumaat ini menentang Reading. Bekas pemain tengah England itu pernah bermain di bawah kendalian pengurus Reading, Paul Clement di Chelsea apabila Clement menjadi penolong Carlo Ancelotti.
Lampard yang menikmati kejayaan sebagai pemain di Chelsea, memiliki karakter yang tenang sementara Bielsa terkenal dengan ketegasannya, meninggalkan Lazio selepas dua hari keluar daripada Lille pada tahun lepas selepas hanya beberapa bulan menggalas tugas sebagai pengurus.
Pemilik kelab, Andrea Radrizzani berusaha untuk menjadikannya sebagai pengurus Leeds termahal dan berharap Bielsa mencipta rekod seperti yang dilakukannya pada Olimpik 2004 untuk Argentina dan membawa Athletic Bilbao mara ke final sebanyak dua kali pada musim 2011-2012.
Bielsa memerlukan sedikit keyakinan apabila diberikan peluang untuk membentuk semula kelab yang pernah menjadi juara Inggeris pada 1992, musim sebelum Liga Perdana ditubuhkan. – AFP