Lampard buru Cavani

LONDON, 21 JAN – Pengurus kelab Chelsea, Frank Lampard ingin mendapatkan pemain yang berpengalaman masuk ke dalam pasukannya setelah disekat FIFA untuk membeli pemain sebelum ini.

Mereka ingin mendapatkan khidmat pemain penyerang Paris Saint-Germain, Edinson Cavani.

Pemain yang berusia 32 tahun itu mahu meninggalkan kelabnya PSG selepas enam tahun setengah bersama juara Liga Perancis itu dan Lampard juga berkata cukup meminati pemain berbangsa Uruguay itu.

“Dia seorang pemain yang hebat,” jelas Lampard. “Saya pernah bermain menentang beliau dan saya suka dengan daya pemikirannya, perilakunya serta jelas sekali rekod jaringannya.”

“Saya kurang pasti dengan situasi pada masa sekarang tapi kita akan lihat,” tambahnya.

Lampard telah menurunkan pemain-pemain muda seperti Tammy Abraham dan Mason Mount di musim pertama beliau sebagai pengurus Chelsea, FIFA menyekat Chelsea dari membuat sebarang perpindahan pemain dari perpindahan musim panas lalu sehingga musim sejuk Januari ini kerana kesalahan melanggar peraturan FIFA terhadap pembelian pemain muda.

Chelsea memenangi kes pengurangan hukuman sekatan FIFA pada Disember lalu apabila meminta pengurangan dari sekatan di Mahkamah Sukan Penimbangtaraan. Oleh itu, Lampard boleh menguatkan skuad kendaliannya bulan ini jika dia mahu pasukannya kekal di tangga empat teratas Liga Perdana dan layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Chelsea yang berada di tempat keempat liga hanya memenangi tiga perlawanan dari lapan perlawanan liga dan lima mata berada di depan Manchester United.

Chelsea akan menentang Arsenal esok yang berada di tempat ke-10. – AP

Reaksi pengurus Chelsea Frank Lampard meraikan kemenangan ketika menentang Burnley di Stamford Brigde pada 11 Januari. – AP