Saturday, March 25, 2023
22.9 C
Brunei

-

Lampard dilantik sebagai pengurus baharu

LIVERPOOL, 31 JAN – Everton hari ini telah melantik Frank Lampard sebagai pengurus baharu mereka dalam perjanjian dua setengah tahun dengan tugas mengekalkan Toffees dalam Liga Perdana.

Lampard telah diketepikan sejak dipecat sebagai pengurus Chelsea lebih kurang setahun yang lalu.

Bekas pemain antarabangsa England itu akan mengambil alih tugasan buat kali pertama pada Sabtu apabila Everton menerima kunjungan Brentford pada pusingan keempat Piala FA.

“Ia adalah satu penghormatan besar bagi saya untuk mewakili dan menguruskan sebuah kelab besar dan tradisi Kelab Bolasepak Everton. Saya tidak sabar untuk memulakannya,” kata Lampard.

“Saya fikir Everton adalah sebuah kelab yang unik kerana awda benar-benar boleh memahami apa yang peminat mahu lihat. Perkara pertama yang mereka mahukan adalah perjuangan dan keinginan dan itu mesti sentiasa menjadi garis dasar kami.

“Mesej pertama saya kepada pemain ialah kami perlu melakukan ini bersama-sama. Kami akan cuba melakukan tugas kami dan saya tahu peminat akan berada di sana menyokong kami.”

Lampard akan mengendalikan Everton hanya empat mata di atas zon penyingkiran. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -