Lampard gesa pengurusan EPL batalkan perlawanan

LONDON, 20 NOV – Frank Lampard meminta pengurusan Liga Perdana Inggeris (EPL) membatalkan perlawanan esok tatkala barisan pemain Chelsea yang keletihan daripada tugasan antarabangsa berdepan Newcastle dalam slot tersebut.

Lampard percaya adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila EPL dan stesen penyiar mahu mengadakan perlawanan esok kerana barisan pemainnya masih keletihan.

Pengurus Chelsea itu menghadapi isu apabila beberapa pemain bintangnya hanya pulang ke England semalam selepas mengelilingi seluruh dunia untuk beraksi di Liga Negara-Negara.

Mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk berehat atau menjalani latihan sebelum berkunjung ke St James Park esok dan Lampard bimbang dengan tahap kecergasan barisan pemainnya.

“Majoriti skuad kami baru saja kembali ke kelab. Mereka kemudian akan terbang ke Newcastle, kembali semula dan kemudian terbang ke Rennes pada Selasa,” kata Lampard.

“Thiago Silva baru saja tiba. Dia mungkin tidak akan pergi ke Newcastle kerana perjalanan yang panjang.

“Apabila anda melihat jadual perlawanan, penyiar TV perlawanan tidak pernah mempunyai banyak slot. Berapa banyak slot 12:30 yang diperlukan? “Ia sama sekali bukan cara terbaik untuk mendorong pemain bersiap sedia untuk bermain di EPL.

“Kecederaan pemain sudah meningkat di liga. Saya sememangnya tidak dapat menggunakan khidmat pemain secara maksimum dalam saingan EPL. – AFP

Ketua jurulatih Chelsea, Frank Lampard ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Chelsea dan Sheffield United di Stadium Stamford Bridge, London, pada 7 November lalu. Lampard meminta perlawanan EPL hari ini dibatalkan. – AP