Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Lampard kempunan, Chelsea seri

    LONDON, 11 JULAI – Frank Lampard dinafikan kemenangan pertama kendaliannya sebagai pengurus Chelsea, apabila Bohemians menjaringkan gol lewat bagi menjadikan kedudukan 1-1 dalam satu perlawanan persahabatan awal pagi tadi.

    Lampard menyenaraikan dua kesebelasan berbeza bagi separuh masa pertama dan separuh masa kedua di Dublin dengan sejumlah besar pemain akademi kelab diberikan peluang untuk membuktikan diri.

    Pemain antarabangsa Belgium, Michy Batshuayi, yang meluangkan masa 18 bulan dengan pinjaman ke Borussia Dortmund, Valencia dan Crystal Palace, juga mengambil peluang untuk menunjukkan kehebatannya dengan menjaringkan gol pembukaan.

    Bagaimanapun, di saat-saat akhir, Eric Molloy meledakkan satu jaringan penyamaan buat pasukan Liga Ireland itu. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...