Lampard kunci utama Werner pilih Chelsea

LONDON, 29 JULAI – Timo Werner (gambar bawah) mendedahkan pengurus Chelsea, Frank Lampard adalah faktor utama dalam pilihannya untuk menyertai kelab The Blues untuk musim depan walaupun terdapat minat dari sejumlah kelab terkemuka di Eropah.

Werner, 24, menjaringkan 34 gol untuk RB Leipzig pada musim 2019/20 tetapi tidak akan menjadi sebahagian daripada kempen Liga Juara-Juara kelab Jerman itu bulan depan kerana dia sudah tiba di Stamford Bridge untuk persiapan musim depan.

Pemain antarabangsa Jerman itu sebelum ini sering dikaitkan dengan Liverpool dengan perpindahan selama beberapa bulan setelah Werner bercakap minatnya dengan pengurus The Reds, Jurgen Klopp.

Namun, dia mengatakan keputusannya memilih Lampard menjadi pilihan utama kerana akan dilpilih menjadi pemain penyerang utama musim depan bersama Chelsea, dengan Hakim Ziyech juga telah menandatangani menyertai Chelsea dari Ajax, yang meyakinkannya lagi untuk datang ke kelab itu.

“Dia adalah sebab utama, kami banyak membincangkan hal-hal seperti sistem permainan, seperti bagaimana dia mahu bermain dan melihat saya bermain dan bagaimana sistem itu sesuai dengan saya,” kata Werner kepada laman web Chelsea mengenai pengaruh Lampard.

“Dia adalah lelaki yang sangat baik yang tidak hanya memberitahu saya apa yang dia mahukan dari saya sebagai pemain kerana dia ingin menolong saya sebagai seorang yang terbaik.

Dia mengenali saya sekarang sedikit lebih baik dan sangat selesa antara kami dan sekarang saya gembira berada di sini.” – AFP