Lampard ‘terhibur’ dengan komen Klopp

LONDON, 14 SEPT – Jurulatih Chelsea, Frank Lampard berkata dia terhibur dengan kritikan yang dibuat oleh Jurgen Klopp mengenai perbelanjaannya pada musim panas ini, dengan berkata Liverpool turut berbelanja besar sebelum menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Lampard yang membuat pelaburan sekitar 200 juta pound ke atas Timo Werner, Kai Havertz, Hakim Ziyech dan Ben Chilwell, dengan Thiago Silva tiba secara percuma dan penjaga gol Edouard Mendy dilaporkan akan bakal menyertai kelab dari Rennes.

Sebagai perbandingan, Klopp hanya membeli pemain bek kiri Greece, Kostas Tsimikas dalam skuadnya setakat ini.

Pasukan bimbingan Lampard akan memulakan kempen Liga Perdana mereka bertandang ke Brighton hari ini, berkata mana-mana pemilik memerlukan dana yang besar untuk bersaing di Liga Perdana Inggeris.

“Saya tidak berasa ia menjengkelkan, malahan saya merasa sedikit terhibur,” katanya, merujuk kepada komen yang dibuat oleh Klopp.

“Kerana saya rasa apabila anda bercakap mengenai pemilik kelab, saya tidak rasa ia adalah penting untuk mengetahui dari mana datangnya sumber dana, kita bercakap mengenai pemilik kelab yang sangat kaya dalam Liga Perdana Inggeris”. – AFP