Lampard tuntut layanan ‘adil’ buat Chelsea

LONDON, 3 OGOS – Frank Lampard meminta Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk memberikan Chelsea masa memulakan musim hadapan, dengan menyebut bahawa memulakan musim depan pada tarikh 12 September adalah ‘terlalu awal’ buat pemain-pemainnya.

The Blues tewas 2-1 kepada musuh ketat mereka, Arsenal dalam final Piala FA pada Sabtu lalu dan mereka masih belum menghabiskan kempen mereka musim ini.

Pasukan Frank Lampard akan menentang Bayern Munich pada Sabtu dalam perlawanan pusingan kedua yang dijadualkan semula dalam saingan Liga Juara-Juara kelompok 16 terakhir, dengan ketinggalan 3-0 dalam pusingan pertama.

Walaupun mereka terkeluar daripada persaingan, Chelsea hanya mempunyai 35 hari sebelum musim baharu dimulakan.

Manchester City yang turut bersaing dalam Liga Juara-Juara, perlawanan terakhir mereka dijadualkan pada 23 Ogos, sementara Manchester dan Wolves masing-masing terlibat dengan perlawanan Liga Europa, yang bakal berakhir pada 21 Ogos.

Frank Lampard merasakan tarikh 12 September terlalu awal untuk pemain-pemainnya memulakan semula permainan bagi kempen musim hadapan.- AP

Difahamkan kelab EPL bersetuju untuk memulakan semula musim baharu pada 12 September, ia sangat jelas bahawa ia memerlukan rehat sekurang-kurangnya 30 hari bagi Chelsea dan mana-mana pemain yang bermain di penghujung musim kejohanan Eropah.

Chelsea yang kehilangan Willian dan Ruben Loftus-Cheek sehari sebelum perlawanan final Piala FA disebabkan kecederaan dan Cesar Azpilicueta dan Christian Pulisic turut mengalami kece-deraan hamstring semasa perlawanan.

“Walaupun dalam senario terburuk, kami tidak berjaya mengalahkan Bayern, memulakan pada 12 September terasa terlalu awal untuk pemain-pemain memulakan semula permainan,” menurut ketua jurulatih Chelsea itu.

“Pemain-pemain ini memerlukan rehat. Itulah sebabnya dua pemain kami mengalami kecederaan hamstring dan beberapa pemain terpaksa direhatkan sebelum perlawanan itu.”

Lampard sedang mempertimbangkan keputusan EPL untuk memastikan semua kelab bersedia memulakan permain musim hadapan.- AFP