Lampard yakin kecemerlangan The Blues

LONDON, 8 JULAI – Chelsea melonjak naik ke tangga ketiga dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah menang 3-2 menentang Crystal Palace, sementara jaringan menakjubkan Danny Welbeck membawa Watford empat mata selamat dari zon penyingkiran setelah berjaya menewaskan Norwich pada perlawanan semalam.

Pasukan Frank Lampard hampir menempah tempat di Liga Juara-Juara musim depan setelah meraih kemenangan ketujuh dalam lapan perlawanan mereka dan berada dua mata di depan Leicester City, yang terikat seri menentang Arsenal semalam dan sekali gus membuka kedudukan jurang lima mata dengan Manchester yang berada di tangga kelima.

“Dalam lima minit terakhir mungkin kami bernasib baik, tetapi kami dapat mengawal permainan dengan baik,” kata Lampard (gambar bawah).

“Pada minit-minit terakhir itu sangat menyedihkan bagi kami.”

The Blues bernasib baik ketika membuka jaringan awal di Stadium Selhurst Park ketika bekas ketua pasukan Chelsea, Gary Cahill terjatuh dan memberi peluang terbuka kepada Willian untuk menjaring gol serta gol keempatnya dalam enam perlawanan. – AFP