Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Lampedusa dibanjiri 7,000 pendatang Afrika Utara

    LAMPEDUSA, ITALI, 14 SEPT – Pulau kecil Lampedusa di Itali berdepan kesukaran hari ini untuk menangani peningkatan pesat bot pendatang dari Afrika Utara apabila jumlah mereka mencapai 7,000 orang – jumlah yang setara dengan keseluruhan penduduk tempatan.

    Pusat penerimaan pendatang di pulau itu, yang sebenarnya direka untuk menampung kurang daripada 400 orang, dipenuhi dengan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang terpaksa tidur di luar atas katil plastik sementara serta kebanyakannya menggunakan selimut kecemasan logam.

    Ketegangan berlaku kelmarin ketika makanan sedang diedarkan oleh Palang Merah Itali, yang mengendalikan kemudahan itu, menyebabkan campur tangan polis.

    Beberapa pemuda kemudian meninggalkan pusat yang sesak itu dan pergi ke pusat bandar bersejarah Lampedusa, di mana seorang jurugambar AFP mendapati sebahagian daripada mereka beratur untuk mendapatkan ais krim.

    Beberapa daripada mereka mengadu lapar. Sebahagiannya pula tidak mempunyai wang dan beberapa restoran menolak mereka. Namun terdapat premis lain yang menawarkan makanan secara percuma dan penduduk tempatan serta pelancong sekitar sana juga ada yang membayarkan untuk mereka.

    Terletak hanya kira-kira 145 kilometer dari pantai Tunisia, Lampedusa merupakan salah satu destinasi pertama yang dilalui oleh pendatang yang melintasi Laut Mediterranean.

    Beberapa hari kebelakangan ini menyaksikan peningkatan ketibaan pengunjung di negara itu, dengan lebih 5,000 orang sahaja telah tiba di Itali pada Selasa, menurut statistik Kementerian Dalam Negeri. – AFP

    Seorang lelaki duduk di luar pusat penerimaan pendatang Lampedusa, Sicily, Itali, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...