Thursday, January 23, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lan Pet Pet ‘down’ periuk kena curi

    “Tak tahu nak cakap macam mana, periuk, belanga, kami nak buat persiapan untuk buat Beriani Paipon semua telah dicuri.

    “Terima kasih ya Allah, Kau beri kami kekuatan,” kata pelakon Lan Pet Pet menerusi video yang dimuatkan menerusi Instagramnya.

    Ia berikutan persiapan untuknya berniaga di Kulim pada 19 hingga 25 Februari ini terganggu apabila peralatan untuk memasak dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.

    Lan atau Mazlan Ahmad, 54, bagaimanapun berjanji akan tetap berada di karnival makanan terbabit dan menyediakan masakannya kepada pengunjung nanti, lapor BH Online.

    “Saya berdoa kepada Allah SWT permudahkanlah Nasi Paipon Uncle Lan. Orang Kulim, saya janji saya akan tunai tapi kamu tolong berdoa untuk saya dan kru saya.

    “Fasal saya sudah buat persediaan untuk orang Kulim tapi Allah uji kami. Doa kamu itu insya Allah, Nasi Beriani Paipon akan sampai ke tangan kamu,” katanya.

    Tidak lupa Lan turut memohon doa kepada Allah agar merahmati perniagaan yang dijalankan serta memberikan kekuatan buat mereka berdepan ujian ini.

    Di ruangan komen pula, ramai selebriti antaranya Didie Alias dan Yassin Senario serta peminat meminta Lan tabah serta terus dimurahkan rezeki.

    Lan ketika dihubungi berkata, kecurian itu membabitkan periuk besar bersaiz 90 sentimeter sebanyak tiga unit yang diletakkan di kedai di Alor Setar, Kedah.

    “Kedai tutup kerana saya dan team pergi berniaga di Kuantan. Setiap biji periuk ini satunya berharga RM1,200. Team saya dah buat laporan polis.

    “Barang lain yang dicuri ialah motor mesin kacau kuah, kabel dan pelbagai lagi. Anggaran nilai kecurian lebih RM10,000.

    “Yang saya ‘down’ sangat, semalam saya nak ambil periuk kerana nak mula berniaga di Kulim hari ini, tengok-tengok periuk semua tiada,” katanya dalam nada sebak.- Agensi

    Lan Pet Pet terpaksa tutup kedai dan pergi berniaga di Kuantan selepas periuk besar yang digunakan untuk berniaga dicuri.- mStar

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda