Lancar program pembelian bon sokong ekonomi AS

HONG KONG, 24 MAC – Pasaran Asia dan harga minyak mentah meningkat sementara dolar jatuh hari ini selepas Simpanan Persekutuan melancarkan program pembelian bon yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk menyokong ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Dengan kebanyakan negara dikenakan perintah berkurung, peniaga menyokong janji bank pusat AS untuk mencetak wang tunai dalam langkah yang tidak pernah dilihat sejak krisis kewangan global lebih dari pada sedekad yang lalu.

Persekutuan, yang telah memotong kadar faedah kepada rekod terendah, berkata ia akan membeli jumlah hutang Perbendaharaan yang tidak terhad dan mengambil langkah untuk meminjam kepada firma kecil dan sederhana yang telah terjejas disebabkan akibat sekatan di seluruh negara.

Pelan tersebut gagal memberi inspirasi kepada peniaga AS, dengan kesemua tiga indeks utama di Wall Street merosot, namun ekuiti di Asia meningkat dengan Tokyo meningkat lebih daripada tujuh peratus.

Nikkei menerima sedikit rangsangan daripada keputusan Bank Jepun untuk melancarkan skim pembelian bon besar-besarannya sendiri.

Seoul meningkat lebih daripada lapan peratus, Hong Kong, Sydney, Singapura dan Taipei masing-masih meningkat lebih daripada empat peratus, dan Wellington meningkat lebih daripada tujuh peratus. – AFP

Pasaran Asia dan harga minyak mentah meningkat selepas Persekutuan Simpanan melancarkan program pembelian bon untuk menyokong ekonomi AS. – AFP